Bunyi Ular Tedung Selar Berkokok Seram

Seram sungguh jika terdengar bunyi ular tedung selar berkokok. Bunyinya seperti bunyi ayam hutan betina dan sememangnya menakutkan bagi yang mengetahui bagaimanakah gerangan bunyi ular ini. Bagi yang selalu masuk ke hutan untuk mencari tumbuhan dan herba  terutamanya, dan juga sama ada untuk berekreasi dan mencari rezeki, bunyi ular tedung selar ini akan dapat dikesan dari jauh.

Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengetahui dan mengenali bunyi ular tedung selar ini jika anda selalu masuk ke hutan. Bunyi ular ini sangat nyaring dan boleh jelas kedengaran. Bagi yang belum mengetahui bunyi ular tedung ini, berkemungkinan boleh terkeliru dengan bunyi ayam hutan lebih-lebih lagi jika sememangnya ke hutan untuk menjerat ayam hutan. Ini boleh mengundang bahaya yang besar kepada mereka.

Tips yang selalu dikongsi oleh renjer hutan ialah, apabila terdengar bunyi kokokan seperti dalam video di bawah ini, harus segera meninggalkan kawasan itu. Selain itu, bunyi itu juga sebagai amaran bahawa kehadirannya ada di kawasan itu.

.

Bunyi Ular Tedung Selar Berkokok

Agak mengelirukan sebenarnya, bunyi ular ini seakan-akan ayam hutan betina yang sedang berkokok memanggil anak. Jika tidak pernah mendengar bunyi ular ini, ada kemungkinan akan terkeliru dengan bunyi ayam hutan. Video dibawah menunjukkan bunyi ular tedung selar berkokok untuk rujukan kita semua. Jika kita menggemari aktiviti outdoor dan hutan, pengetahuan untuk mengenalpasti bunyi ular ini adalah sangat penting.

.

Bunyinya yang nyaring dan menyeramkan

Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua.

.

Ular Tedung Selar Berdiri

Spesies ular tidak mempunyai kaki, tetapi bagaimanakah ular tedung ini boleh berdiri ? Ular tedung mempunyai otot yang kuat untuk menampung berat kepala dan mengangkat kepala agak tinggi berbanding dengan spesies ular-ular lain. Untuk ular tedung bersaiz besar, ianya boleh mengankat kepalanya sehingga mencecah ketinggian 1 meter.

Oleh sebab itu, ular ini dikatakan seakan-akan berdiri apabila mengangkat kepalanya tinggi. Ular tedung selar berdiri juga merupakan sebagai tanda amaran. Apabila ianya berdiri dan mengembangkan kepala, ianya adalah dalam fasa berjaga-jaga. Jika ingin mengerang, ia akan menutuk kembangan kepalanya dan meluncur laju untuk mematuk mangsa.

Jika berdepan dengan ular tedung yang sedang mengembang, segera berundur perlahan-lahan. Jangan buat sebarang tindakan mengejut kerana ini akan menjadikan ular tedung bertindak di luar jangkaan.

.

Tabiat Pemakanan

Ular tedung mempunyai tabiat pemakanan yang karnivor iaitu dengan memakan haiwan-haiwan lain. Ianya akan memakan haiwan-haiwan kecil sebagai sumber diet seperti tikus, anak biawak, ayam hutan, katak, burung dan banyak lagi haiwan lain. Selain itu, ular ini juga dikenali sebagai ular yang mengancam spesis ular lain. Hal ini kerana, ular tedung juga menjadikan ular dari spesis lain sebagai sumber dietnya. Banyak kali dilaporkan bahawa ular tedung memakan ular sawa.

.

Keratan berita ular tedung memakan ular sawa

Dengan memiliki saiz mulut yang luas, ini membolehkannya untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada diameter asal badannya. Kebolehan luar biasa ular tedung ialah untuk mengesan kehadiran mangsa yang berada dalam posisi yang jauh daripadanya melalui getaran. Mangsa akan diburu dan dimatikan dengan menggunakan bisa. Kemudian, mangsa akan ditelan.

Ular tedung tidak menelan mangsa pada setiap hari, bergantung kepada saiz makanan yang ditelannya. Semakin besar saiz mangsa yang ditelannya, semakin jauh jarak masa dalam pengambilan dietnya.

.

Pertahanan Ular Tedung Selar

Ular ini dikelaskan sebagai ular yang kurang agresif berbanding dengan ular-ular lain. Ianya akan memilih untuk tidak terlibat dalam sebarang konflik jika tidak mempunyai ancaman. Jika berhadapan dengan manusia atau binatang yang lebih besar, biasanya ianya akan memilih untuk terus berlalu pergi.

Jadi, bagaimana pula dengan serangan ular tedung ke atas manusia seperti yang dilaporkan? Ular tedung selar akan menjadi agresif apabila dalam keadaan melindungi telur. Sebab itu, jika berjalan dihutan atau semak, berhati-hati jika melalui semak samun. Dikhuatiri akan melalui berdekatan dengan sarang ular tedung selar yang sedang menjaga telur ini.

Diharapkan perkongsian bunyi ular tedung selar berkokok ini memberi manfaat kepada semua. Semoga pengetahuan ini berguna kepada kita apabila menjalankan aktiviti outdoor dan aktiviti hutan nanti. Jika ke hutan untuk mencari pokok keladi hiasan pun, ilmu ini dapat dipraktikkan nanti.

Semoga bermanfaat. Sila SHARE dengan rakan-rakan ya.

.

BACA Juga : Doa Untuk Kuatkan Ingatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *