DOA SEBELUM BELAJAR DAN PENERANG HATI
Doa sebelum belajar amat penting sebagai salah satu usaha kita untuk memohon kefahaman daripada Allah SWT. Perkara yang paling hebat melalui doa ini ialah ianya menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah SWT dalam memahami dan mendalami sesuatu ilmu itu. Selain menunjukkan sikap tawakkal kita, berdoa juga dapat memupuk sifat-sifat positif dalam diri seperti lebih berdisiplin dan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Berikut adalah dikongsikan doa yang boleh diamalkan sebelum belajar :
Amalkan doa sebelum belajar ini :

Untuk pembaca yang inginkan contoh bacaan untuk menghafalnya, boleh melayari video bacaan di bawah ini. Mudah-mudahan ianya membantu anak-anak dalam proses menghafalnya.
Video bacaan doa sebelum belajar dan penerang hati :
Bacaan dalam RUMI:
Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
Maksudnya:
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Baca Juga : Doa Kuat Ingatan Untuk Menghafal
Hikmah Berdoa
Orang yang selalu berdoa akan mendapat ketenangan dalam hidupnya. Seperti mana Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’Duayat 28 yang bermaksud, ” Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengat mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati akan menjadi tenteram”.
Doa merupakan senjata dan pelindung orang Islam daripada kejahatan syaitan dan hawa nafsu. Selain itu, melalui doa juga dapat menujudkan perasaan cinta dan taqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya manusia ialah makhluk yang lemah jika tanpa bantuan daripadaNya.
Melalui doa, pintu rezeki dan rahmat akan dibuka kepada hamba-hamba yang tidak putus berdoa untuknya. Doa terhadap diri sendiri dan juga orang lain akan memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :” Doa seorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah (H.R Muslim).
Semoda melalui perkongsian doa ini dapat memudahkan proses pembelajaran kita dan boleh dikongsikan pula dengan anak-anak. Sesungguhnya, kejayaan itu adalah milik Allah. Berusaha, berdoa dan bertawakkal untuk mendapatkan kejayaan tersebut.
Semoga bermanfaat kepada sidang pembaca sekalian.
Sila SHARE dengan kawan-kawan ya.