KELADI CAT TUMPAH – Pokok Keladi Hiasan Yang Popular

Keladi cat tumpah merupakan salah satu daripada pokok keladi hiasan yang popular di Malaysia dan banyak dicari oleh penggemar keladi pada hari ini. Tanaman keladi hiasan menjadi tular kerana ianya agak senang untuk dijaga, rupanya yang cantik dan tidak memerlukan nutrient yang khusus untuk tumbuh sihat. Pokok kelαdi hiasan yang popular mempunyai pelbagai jenis dan salah satunya ialah keladi cαt tumpah. Jom kita kenali keladi cat tumpah ini.

.

Rupa Bentuk Keladi Cat Tumpah

Keladi Cat Tumpah mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada cara penjagaan dan spesiesnya. Jika diberikan baja yang mencukupi, saiznya akan menjadi besar dan boleh menjadi setinggi 2 kaki atau lebih. Keladi cαt tumpah sebenarnya tidak merujuk kepada satu spesies sahaja. Jika dilihat di Thailand dan Indonesia, pokok keladi hiasan cαt tumpah ini terdiri daripada beberapa spesies. Walaupun begitu, ada beberapa spesies yang agak popular seperti di dalam gambar di bawah ini. Berkenaan dengan penjagaannya pula, jika terkurang nutrient atau baja, keladi ini akan jadi sedikit kecil.

Contoh keladi cat tumpah

.

Perubahan Menjadi Keladi Cat Tumpah

Pada awal pertumbuhan dan masih kecil, batang dan daun keladi ini biasanya bewarna hijau. Apabila meningkat besar sahaja, daunnya akan bertukar menjadi sedikit merah di bahagian tepi daun. Lama-kelamaan apabila pokok menjadi semakain besar, warna merah akan lebih jelas kelihatan dan ianya kelihatan seperti ada cat merah yang tertumpah di atasnya. Sebab itulah ianya dipanggil keladi cat tumpah. Dan jika ditanam di atas tanah, saiznya akan cepat membesar dan senang untuk membiak.

Baca JUGA: Pokok Keladi Yang Popular di Malaysia

.

Cara Penjagaan Keladi Cat Tumpah

Keladi cat tumpah boleh ditanam sama ada sebagai tanaman dalam rumah ataupun tanaman di luar rumah. Ianya juga boleh ditanam hanya di dalam pasu kecil. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk daun sebahagiannya bertukar menjadi merah. Jika diletakkan di tempat teduh seperti di dalam rumah, sukar untuk daun keladi ini bertukar menjadi merah dan lebih lambat untuk mendapatkan corak cαt tumpah itu. Jadi, untuk tujuan sebagai pokok indoor, biarkan dahulu pokok keladi ini di kawasan terik matahari untuk memerahkan dulu sebahagian daripada daunnya. Setelah mendapat warna merah seperti cat tumpah yang diingini, barulah dibawa masuk ke dalam rumah. Pokok keladi ini juga memerlukan air yang banyak. Jadi haruslah selalu disiram supaya pokok keladi hiasan ini tidak layu kekal segar sentiasa.

.

Harga Pasaran

Pokok keladi hiasan ini mempunyai julat harga pasaran yang agak besar. Ianya boleh menjadi serendah RM20 untuk satu pokok yang sudah mempunyai pigment merah dan boleh menjadi semahal RM100- RM300 untuk pokok yang sudah mempunyai kesan cat tumpah sepenuhnya. Ini bergantung kepada saiz dan rupa daun pokok keladi tersebut. Semakin besar saiz daun dan semakin cantik tompokan merahnya, jadi semakin mahal-lah harganya. Kalau dilihat yang berharga sedikit murah, ia ialah pokok keladi cαt tumpah yang masih kecil dan masih hijau. Keladi hiasan ini juga amat cantik untuk diletakkan di dalam rumah terutamanya di ruang tamu dan juga di bahagian tempat makan.

Pokok keladi yang matang

.

Keladi Lain Yang Popular

Di Mαlaysia, keladi dijadikan perhiasan dan juga ada antara spesies keladi yang boleh dijadikan makanan. Antara spesies keladi hiasan yang popular selain daripada keladi cαt tumpah ini  ialah kelαdi black coral, keladi mickey mouse, keladi gajah, keladi monstera adansonii, keladi darth maul, keladi albino dan banyak lain keladi lain. Selain itu, antara keladi yang boleh dijadikan makanan ialah keladi air, keladi mawar, keladi cina, keladi selatah, keladi sayur dan lain-lain lagi. Malaysia sememangnya kaya dengan spesies keladi dan orang tempatan juga kreatif untuk menggunakan kepelbagaian keladi ini untuk kecantikan rumah.

.

Sila SHARE dengan rakan-rakan ya.

BACA : Pokok Keladi Hiasan Beracun, Kenapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *