KELADI MAWAR
Keladi Mawar merupakan salah satu keladi yang popular di Asia Tenggara termasuklah di Malaysia. Pokok keladi merujuk kepada tumbuhan yang berasal daripada family Araceae dan di dalamnya terdapat 7 genus. Dalam keluarga keladi, ada yang dijadikan tumbuhan hiasan dan ada yang dijadikan bahan makanan. Ianya sangat sesuai dan senang hidup dalam kawasan yang beriklim khatulistiwa yang bersuhu 25-30 ‘C. Termasuklah pokok keladi mawar ini, pokok keladi senang untuk tumbuh di kawasan tanah gambut.
Di manakah taburan tanaman pokok keladi ini? Keladi mawar banyak diusahakan di selatan tanah air iaitu di negeri Johor. Banyak petani di kawasan Kota Tinggi dan Muar mengusahakan tanaman keladi ini. Tanaman keladi merupakan tanaman kontan iaitu tanaman yang hanya memerlukan masa yang singkat untuk dituai. Selain itu, tanaman keladi jenis ini juga ada direkodkan dilakukan secara kecil-kecilan dan sederhana seperti di Melaka dan di negeri Selangor.

Cara Memasak Keladi Mawar
Terdapat beberapa cara untuk memasak dan menyediakan hidangan keladi mawar ini. Orang dulu-dulu memasak ubi ini bersama sayur-sayuran lain dan menjadikannya masak lemak sayur campur. Selain itu, enak juga jika direbus dengan sedikit garam dan dimakan bersama sambal bilis. Jika ditanya orang-orang lama, nescaya banyak masakan dan resipi yang akan oleh mereka dalam menyediakan hidangan keladi ini.
Walaupun diusahakan secara besar-besaran, permintaan terhadap keladi ini juga dikatakan tidak pernah putus. Selain di masak di rumah, permintaan daripada pengusaha keladi goreng juga meningkat. Keladi goreng disediakan dengan menyelut acuan tepung gandum sebelum digoreng seperti pisang goreng.
Harga Pasaran Keladi Mawar
Harga pasaran keladi ini pada Julai 2021 adalah sekitar RM3 sehingga RM4 untuk sekilogram. Harganya agak stabil memandangkan permintaan sentiasa ada daripada pihak pembeli dan pemborong. Hasil daripada tanaman ini juga agak lumayan kerana modal untuk memulakan tanaman ini adalah agak minimum. Satu benih keladi ini hanya berharga 50 sen dan daripada satu benih mampu untuk menjana jualan sebanyak 2kg atau lebih. Jika 2 kg terjaya dituai untuk satu pokok, jualannya sudah mencapai RM6 jika harga jualannya adalah RM3 per kilogram. Lumayan kan.
Baca Juga : Pokok Keladi Hiasan Yang Popular

Ancaman Serangga Prosak
Ancaman perosak bagi tanaman ini ialah yang utamanya serangga perosak daun. Serangga perosak akan memakan daun dan mengurangkan jumlah makanan yang dihaslkan oleh pokok keladi. Antara serangga pemakan daun keladi ialah belalang. Kawalan serangga perlu segera dilakukan agar kesihatan pokok tidak terganggu dan ubi keladi yang dihasilkan akan mencapai saiz yang dikehendaki. Selain itu, khinzir juga menjadi ancaman kepada keladi ini. Khinzir juga menggemari ubi keladi ini memandangkan ianya sedang untuk mendapatkannya. Langgar sahaja pokok keladi, maka isi ubi keladi akan keluar.
Semoga bermanfaat.
Baca Juga : Pokok Keladi Yang Beracun.. BAHAYA !!
.
Sedap ni masak sayur lemak